• Free consultation on selling & buying properties.

Compare Listings

Bajet 2018 Untuk Sektor Hartanah

Bajet 2018 Untuk Sektor Hartanah

Bajet 2018 baru sahaja dibentangkan oleh Dato’ Seri Najib pada 27hb Oktober 2017 yang lalu.

Ada yang berpendapatan bahawa bajet kali ini merupakan ibu segala bajet kerana secara dasarnya ia dapat memberi keuntungan kepada rakyat.

Untuk sektor hartanah terutamanya bagi kategori hartanah kediaman, Kerajaan akan melaksanakan beberapa inisiatif dan program-program yang bersesuaian untuk merancakkan lagi usaha pemilikan rumah bagi rakyat. Peruntukan yang ditetapkan untuk bajet kali ini adalah sebanyak RM 2.2 bilion.

Berikut merupakan inisiatif dan program-program daripada Bajet 2018 untuk rujukan anda:

Projek Perumahan Rakyat
Kerajaan akan meningkatkan lagi bilangan projek perumahan rakyat kepada 17,300 unit.

Program Rumah Mesra Rakyat
Bilangan rumah mesra rakyat juga akan ditambah sebanyak 3,000 unit lagi.

Program PR1MA
Bilangan unit rumah PR1MA juga ditambah sebanyak 210,000 unit dengan harga yang ditawarkan bermula RM 250,000 dan ke bawah.

Untuk ketiga program diatas, RM1.5 bilion telah diperuntukkan bagi tempoh 2 tahun bermula tahun 2018.

Program PPA1M
Dijangka 25,000 unit rumah dibawah program ini akan disiapkan pada tahun 2018 dan ditambah sebanyak 128,000 unit lagi di pelbagai peringkat perlaksanaan.

Program My Beautiful New Homes (MyBNHomes)
Di bawah program ini, 600 unit akan dibina dan disasarkan kepada golongan dan isi rumah B40 di beberapa negeri seperti; Terengganu, Pahang, Melaka, Johor, Sabah, Sarawak dan kawasan orang asli.

Program MyDeposit dan MyHomes
Untuk membantu rakyat menyediakan wang deposit sebagai pendahuluan, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak 2,000 unit rumah di bawah program MyDeposit dan program Myhomes disasarkan kepada pemaju sebagai galakan untuk menyediakan dan menyiapkan lebih banyak rumah mampu milik.

Tabung Penyelenggaraan 1Malaysia
Sebanyak RM 200,000,000 diperuntukan bagi tujuan penyelenggaraan dan pembaikan rumah yang berkategori strata sebagai contoh untuk kegunaan cat bangunan atau pembaikan lif yang telah rosak.

Rumah Terbengkalai
Untuk pembeli yang menghadapi masalah dengan projek perumahan yang terbengkalai, kerajaan telah bersetuju untuk membuat pengecualian duti setem ke atas perjanjian pinjaman dan surat cara pindahmilik. Ia akan disalurkan kepada kontraktor penyelamat dan pembeli asal projek perumahan terbengkalai tersebut. Ia akan berkuatkuasa bermula 1 Januari 2018 hingga 31 Disember 2020.

Pengecualian Cukai
Untuk tujuan menggalakkan pasaran sewaan rumah kediaman pula, Kerajaan mengumumkan pengecualian cukai ke atas pendapatan sewaan rumah kediaman sebanyak 50% bagi pendapatan sewa sehingga RM2,000 sebulan kepada individu rakyat Malaysia, yang bermastautin di Malaysia. Pengecualian ini diberi bermula dari tahun taksiran 2018 hingga 2020. Ini merupakan kali pertama ia dilaksanakan dalam tempoh 60 tahun.

Akta Sewaan Rumah Kediaman
Kerajaan juga telah bersetuju akan menggubal Akta Sewaan Rumah Kediaman untuk melindungi hak penyewa dan juga pemilik rumah jikalau berlaku sesuatu isu atau masalah terjadi ketika dalam tempoh sewaan.

————————-
Adakah anda memerlukan khidmat ejen hartanah berdaftar untuk menguruskan hartanah anda? Klik sini.

Related posts

Bagaimana untuk uruskan Penyewa Rumah Bermasalah?

Dengan keadaan ekonomi semasa yang agak mencabar ini. Untuk memiliki penyewa yang berkualiti bagi...

Continue reading

Bajet 2019 Untuk Sektor Hartanah

Bajet 2019 telah pun dibentangkan oleh Menteri Kewangan Malaysia yg baru; YB Lim Guan Eng pada ...

Continue reading

Freehold vs Leasehold

Anda mungkin agak keliru dengan dua terma utama berkenaan jenis pegangan hartanah yang terdapat di...

Continue reading

Join The Discussion

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.