Free consultation on selling & buying properties.

KWSP Akaun 2 Untuk Pembelian Rumah

KWSP Akaun 2

Aku nak beli rumah pertama. Cash untuk deposit tak cukup 10%. Nak bayar yuran guaman lagi. Boleh ke kalau nak guna duit KWSP akaun 2?

Anda mungkin salah seorang yang tergolong daripada golongan diatas. Setelah bertungkus-lumus melakukan self-study berkenaan rumah tersebut dan rumah tersebut sudah memenuhi segala ciri-ciri rumah yang anda idamkan.

Tetapi, anda mempunyai masalah untuk menyediakan wang deposit sebanyak 10% dan kos guaman sebanyak 3.5%. Bertenang…

Antara pilihan yang boleh anda gunakan adalah dengan mengeluarkan duit simpanan KWSP akaun 2 anda. Tetapi anda tidak tahu bagaimana untuk memohon. Anda musykil samada anda layak memohon atau tidak. Bertenang.

Antara kegunaan duit yang terdapat didalam KWSP akaun 2 adalah untuk membiayai yuran pendidikan dan membeli hartanah.  Terdapat beberapa syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak KWSP yang perlu dipatuhi untuk membolehkan anda memohon pengeluaran duit yang daripada akaun tersebut.

Kelayakan Memohon
  • Anda merupakan warganegara Malaysia sahaja
  • Anda belum mencapai umur 55 tahun pada tarikh permohonan
  • Mempunyai simpanan minimum sebanyak RM 500.00 di dalam akaun 2
Syarat Pengeluaran
  • Anda membeli atau membina atas sebuah rumah kediaman (jenis banglo / teres / berkembar / apartment / kondominium/ ’studio apartment’ / ‘service apartment’ / ‘townhouse’/ SOHO) atau rumah kedai dengan unit kediaman
  • Anda mengambil pinjaman perumahan daripada institusi yang dibenarkan bagi tujuan membeli atau membina rumah dengan mana-mana institusi pemberi pinjaman seperti berikut :-
    • Institusi kewangan yang dilesenkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 atau Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013
    • Kerajaan Pusat / Negeri atau lain-lain agensi kewangan kerajaan
    • Majikan ahli
    • Koperasi / syarikat kerjasama yang berlesen (diluluskan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia)
    • Syarikat Insurans berlesen yang diluluskan oleh Bank Negara Malaysia
    • Pemberi pinjaman yang dibenarkan oleh KWSP; ATAU
    • Secara tunai
  • Surat perjanjian Jual Beli adalah tidak melebihi tiga (3) tahun pada tarikh permohonan diterima oleh KWSP
  • Tidak pernah membuat Pengeluaran Perumahan; ATAU telah membuat pengeluaran untuk membeli rumah pertama dan telah menjualnya atau melupuskan pemilikan dan kemudian membeli rumah kedua
  • Anda ingin membeli rumah yang telah diperolehi secara sewa beli daripada pihak yang dibenarkan oleh KWSP
  • Anda membeli tanah dan membina rumah di atasnya serentak secara pakej (tarikh perjanjian beli tanah dengan tarikh perjanjian bina rumah hendaklah dalam tempoh 6 bulan)
Amaun Yang Layak Dikeluarkan
  • Pembelian rumah individu – Perbezaan di antara harga rumah dengan jumlah pinjaman dan tambahan 10% daripada harga rumah; ATAU Semua simpanan Akaun 2
  • Pinjaman perumahan 100% – 10% daripada harga rumah; ATAU Semua simpanan Akaun 2
  • Pembelian bersama ahli keluarga terdekat atau individu lain – Perbezaan di antara harga rumah dengan jumlah pinjaman perumahan dan tambahan 10% daripada harga rumah; ATAU Semua simpanan Akaun 2 masing-masing tertakluk kepada amaun maksimum yang layak dikeluarkan
  • Pembelian secara tunai – Harga rumah dengan tambahan 10% daripada harga rumah; ATAU Semua simpanan Akaun 2
Permohonan Akan Ditolak
  • membeli tanah atau tapak lot rumah sahaja
  • mengubahsuai, membaiki atau membuat kerja-kerja tambahan kepada rumah yang sedia ada
  • pembelian atau pemilikan hartanah tidak melalui transaksi jual beli
  • mengambil pinjaman berbentuk overdraf
  • membeli rumah ketiga
  • membeli rumah di luar negara
NOTA AMARAN!!!
  • Kegagalan Mengembalikan Amaun Yang Tidak Digunakan Bagi Maksud Pengeluaran

Sekiranya pemohon tidak menggunakan bayaran pengeluaran bagi maksud pengeluaran dibuat, pemohon dianggap telah melakukan kesalahan dan jika disabitkan boleh dipenjarakan selama suatu tempoh yang tidak melebihi enam bulan atau didenda tidak melebihi RM2,000.00 atau kedua-duanya [Seksyen 58A, Akta KWSP 1991 (Pindaan) 2007]

  • Membuat Kenyataan Tidak Betul Atau Tidak Benar Atau Mengemukakan Dokumen Palsu

Sekiranya pemohon memberi kenyataan yang tidak betul atau tidak benar atau mengemukakan dokumen palsu, pemohon dianggap telah melakukan kesalahan dan sekiranya disabitkan pemohon boleh dipenjarakan selama suatu tempoh yang tidak melebihi tiga tahun atau didenda tidak melebihi RM10,000 atau kedua-duanya [Seksyen 59, Akta KWSP 1991 (Pindaan) 2007]

  • Pembelian Bukan Untuk Tujuan Kediaman

Pengeluaran perumahan ini tertakluk kepada syarat dan prosedur semasa dan sekiranya mana-mana transaksi yang dikesan oleh KWSP yang melibatkan pindahmilik kurang daripada satu (1) tahun, KWSP berhak untuk menolak permohonan pengeluaran atas alas an ia mengandungi unsur pembelian bagi tujuan pelaburan dan bukannya bagi tujuan kediaman sepertimana keperluan Akta KWSP

Anda sudah dapat mematuhi syarat-syarat pengeluaran KWSP akaun 2 yang dinyatakan diatas? Jika Ya, terus hubungi ejen hartanah anda untuk melakukan transaksi seterusnya sebelum disambar oleh orang lain! Menyesal nanti!

————————-
Adakah anda memerlukan khidmat ejen hartanah berdaftar untuk membantu urusan pembelian hartanah anda? Klik sini.

Join The Discussion

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Compare listings

Compare