• Free consultation on selling & buying properties.

Compare Listings

Laporan Pasaran Hartanah 2016

Laporan Pasaran Hartanah 2016

Berikut merupakan ringkasan laporan pasaran hartanah 2016 sebagai rujukan dan panduan:

Gambaran Keseluruhan 

Tahun 2016 mencatatkan penurunan transaksi sebanyak -11.5% dalam bilangan dan -3% dalam nilai.

Laporan Pasaran Hartanah 2016

Laporan Pasaran Hartanah 2016

Ini adalah kesan daripada ketidakstabilan politik global serta pertumbuhan ekonomi domestik yang tidak memberangsangkan.

Jumlah Pinjaman dan Kelulusan

Berdasarkan angka yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM), jumlah permohonan pinjaman untuk pembelian hartanah kediaman terus menurun daripada tahun 2015 iaitu sebanyak -10% kepada -18.4% bagi tahun 2016.

Manakala jumlah kelulusan pinjaman juga mencatatkan kadar penurun iaitu daripada tahun 2015 sebanyak -14.6% kepada -15.3% untuk tahun 2016.

Begitu juga, untuk pembelian bukan kediaman yang mencatatkan penurunan sebanyak -12.1% untuk permohonan pinjaman dan -14.3% untuk kelulusan pinjaman.

Ini adalah diantara kesan daripada langkah yang diambil oleh BNM untuk membendung spekulasi (pelaksanaan nisbah pinjaman-kepada-nilai (LTV) sebanyak 70% berkuatkuasa mulai 3 Nov 2010 serta garis panduan pemberian pinjaman berhemat dan bertanggungjawab dikeluarkan pada 18 Nov 2011).

Pasaran Aktiviti Hartanah

Sebanyak 320,425 transaksi bernilai RM145.41 bilion direkodkan pada tahun 2016.

Berlaku penurunan sebanyak -11.5% dalam bilangan dan -3.0% dalam nilai jika dibanding pada tahun 2015 dimana direkodkan 362,105 transaksi bernilai RM149.90 bilion.

Secara keseluruhan, subsektor hartanah kediaman menguasai pasaran dengan menyumbang sebanyak 63.4% dalam bilangan dan 45.1% dalam nilai. Ini diikuti dengan pertanian sebanyak 21.6%, komersil sebanyak 7.4%, tanah pembangunan sebanyak 5.9% dan industri sebanyak 1.8%.

Meskipun tahun yang akan datang dijangka terus mencabar, unjuran positif ekonomi global pada tahun 2017 yang dijangka menyokong prestasi ekonomi Malaysia seterusnya memberi harapan kepada industri hartanah. – YB Datuk Seri Johari Abdul Ghani

Jangkaan 2017

Pasaran hartanah 2017 akan menghadapi cabaran yang sama yang dihadapi pada tahun 2016. Dijangka perlahan dan berlarutan untuk beberapa tahun kehadapan sebelum bangkit semula.

 

 

Sumber:
Laporan Pasaran Harta 2016.
Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH).
Kementrian Kewangan Malaysia.

Related posts

Bagaimana untuk uruskan Penyewa Rumah Bermasalah?

Dengan keadaan ekonomi semasa yang agak mencabar ini. Untuk memiliki penyewa yang berkualiti bagi...

Continue reading

Bajet 2019 Untuk Sektor Hartanah

Bajet 2019 telah pun dibentangkan oleh Menteri Kewangan Malaysia yg baru; YB Lim Guan Eng pada ...

Continue reading

Freehold vs Leasehold

Anda mungkin agak keliru dengan dua terma utama berkenaan jenis pegangan hartanah yang terdapat di...

Continue reading

Join The Discussion

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.