• Free consultation on selling & buying properties.

Compare Listings

5 Checklist Sebelum Beli Hartanah

5 Checklist Sebelum Beli Hartanah

Beli hartanah merupakan pengalaman yang boleh menyebabkan anda seronok atau berdukacita. Oleh itu, untuk memastikan pengalaman itu menjadi pengalaman yang menyeronokan dan bukan sebaliknya, ikuti tips dibawah:

1.0 Semak Rekod/Penyata CCRIS Anda

Terdapat 2 cara mudah untuk menyemak rekod CCRIS anda iaitu:

1. Dengan menggunakan kiosk yang disediakan oleh Bank Negara Malaysia(BNM) yang terletak di jalan Kuching, Kuala Lumpur. Hanya perlu membawa kad pengenalan dan cop jari.     Kiosk itu akan mencetak penyata CCRIS anda yang terkini dengan segera.

2. Menyemak penyata CCRIS anda melalui online. Untuk maklumat lanjut, sila layari website ini: Credit Bureau Malaysia

Nota kaki: Pastikan angka yang terdapat dalam penyata CCRIS anda adalah angka “0” atau “1” sahaja. Jikalau terdapat selain dari angka tersebut, saya sarankan anda abaikan dahulu plan anda untuk membeli hartanah buat seketika. Tunggu sehingga 6 bulan berikutnya. Jikalau anda masih berdegil dan hendak meneruskan transaksi tersebut,  ini akan membuang masa anda kerana kadar kelulusan pembiayaan atau pinjaman hartanah anda adalah berkadaran 10% sahaja. Bermaksud permohonan anda akan ditolak oleh pihak bank berkadaran 90%.

2.0 Semak Kelayakan Untuk Membuat Pinjaman

Sebelum mencari, atur temujanji bersama ejen hartanah untuk melihat hartanah idaman anda. Anda disarankan menyemak terlebih dahulu kelayakan anda untuk membuat pinjaman atau pembiayaan bank berdasarkan gaji atau pendapatan bulanan anda.

1. Pergi ke mana-mana cawangan bank yang berdekatan dan berjumpa dengan pegawai penasihat bank. Bawa bersama 3 bulan slip gaji anda yang terkini. Pegawai penasihat bank akan membuat pengiraan berapa kelayakan pinjaman anda.

2.  Atau anda membuat sendiri pengiraan kasar dengan menyenaraikan jumlah komitmen bulanan anda (yang berkaitan dengan institusi kewangan/bank sahaja). Jumlah komitmen dibahagikan dengan jumlah bersih gaji anda mestilah berkadaran kurang dari 30%.

3. Atau cara yang paling mudah adalah dengan hanya menghubungi ejen hartanah berdaftar untuk mendapatkan khidmat nasihat berkaitan hal ini secara percuma.

3.0 Tetapkan Bajet Untuk Harga Rumah

Selepas selesai berkenaan dengan kelayakan pinjaman yang anda layak, tetapkan bajet harga rumah berdasarkan jumlah kelayakan pinjaman anda. Berpijaklah pada bumi yang nyata. Jika anda hanya mampu membeli apartment sahaja bukannya rumah yang mempunyai tanah yang luas. Tidak mengapa. Jangan malu dengan pandangan masyarakat di sekeliling. Rumah anda, anda yang perlu membayarnya. Bukan mereka yang membayarnya. Bermula dengan apa yang ada di tangan dahulu. Sekurang-kurangnya anda sudah memiliki kediaman untuk berteduh.

Bila pendapatan sudah meningkat nanti, upgrade la daripada rumah apartment ke rumah yang mempunyai tanah.

4.0 Tetapkan Lokasi Rumah Bersesuaian dengan Jarak ke Tempat Kerja 

Lokasi rumah yang hendak dibeli hendaklah bersesuaian dengan jarak ke tempat kerja. Ini merupakan rutin harian yang anda perlu tempuhi. Jangan semata-mata anda berkeinginan hendak membeli rumah yang mempunyai tanah, anda sanggup membeli rumah yang jaraknya sebagai contoh 50km dari tempat kerja atau bersamaan 1 jam perjalanan (tidak termasuk traffic jamm).

Percayalah, anda akan menyesal dikemudian hari apabila anda sedar bahawa banyak masa telah dibazirkan di atas jalan raya disebabkan oleh jarak perjalanan mahupun menempuh kesesakan lalulintas.

Bukankah masa itu terlalu mahal harganya dan tidak boleh dibeli?.

5.0 Membuat Keputusan Dengan Tidak Dipengaruhi Oleh Pihak Lain

Ketika membuat keputusan, hendaklah keputusan itu dibuat oleh anda sendiri. Bukan disebabkan terpengaruh dengan nasihat, sentimen-sentimen tertentu atau rakan sekerja dan sebagainya. Hartanah merupakan komitmen jangka panjang yang perlu anda tempuh. Jikalau salah percaturan, nilai kerugian yang besar perlu anda tanggung. Tetapkan strategi anda tersendiri terutamanya hartanah yang dibeli bertujuan untuk pelaburan. Sebagai contoh, apakah risiko yang perlu dihadapi? Jikalau hartanah tersebut tidak boleh disewakan, apakah plan B anda? dan sebagainya.

Pembelian hartanah perlu dibuat di dalam keadaan minda sepenuh sedar (tenang), bukan minda separa sedar (tergopoh-gapah) mahupun minda tidak sedar. haha!

————————-
Adakah anda memerlukan khidmat ejen hartanah berdaftar untuk membantu urusan pembelian hartanah anda? Klik sini.

Related posts

Bagaimana untuk uruskan Penyewa Rumah Bermasalah?

Dengan keadaan ekonomi semasa yang agak mencabar ini. Untuk memiliki penyewa yang berkualiti bagi...

Continue reading

5 Kelebihan Apabila Berurusan Dengan Ejen Hartanah Berdaftar

"Untuk jimat, korang jangan deal dengan ejen hartanah." Mungkin anda biasa dengar ayat ini apabila...

Continue reading

7 Tips Untuk Elak Ditipu Ejen Hartanah

Anda pernah mendengar pembeli ditipu ketika membeli hartanah?   Ia pernah berlaku di...

Continue reading

Join The Discussion

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.