• Free consultation on selling & buying properties.

Compare Listings

5 Kelebihan Apabila Berurusan Dengan Ejen Hartanah Berdaftar

5 Kelebihan Apabila Berurusan Dengan Ejen Hartanah Berdaftar

“Untuk jimat, korang jangan deal dengan ejen hartanah.”

Mungkin anda biasa dengar ayat ini apabila berborak bersama rakan sekerja mahupun keluarga. Sebenarnya itu hanyalah persepsi masyarakat sahaja dan bukannya fakta.

Berikut adalah kenapa pentingnya dan kelebihan apabila anda berurusan dengan ejen hartanah berdaftar:

1.0 Supaya Tidak Ditipu

Ejen hartanah berdaftar merupakan badan professional yang terlatih, diberi tauliah dan dipantau oleh Lembaga Penilaian Pentaksiran Ejen Harta Tanah (LPPEH). Manakala, LPPEH ini merupakan badan yang diletakkan dibawah Kementrian Kewangan Malaysia (MOF).

Segala tata kerja / prosedur / etika mahupun fee yang dikenakan telah pun ditetapkan oleh kerajaan. Oleh itu kebarangkalian untuk anda ditipu amatlah tipis.

Bukankah berbeza apabila mendapatkan perubatan daripada bomoh dan doktor yang  bertauliah?

2.0 Potensi Hartanah

Anda akan memperolehi maklumat berkenaan potensi hartanah tersebut untuk masa hadapan. Adakah hartanah tersebut sesuai untuk pelaburan jenis cash flow ataupun capital gain.

Ejen hartanah merupakan kumpulan frontliner yang terawal memperoleh maklumat berkenaan pembangunan di masa hadapan.

Ejen hartanah juga dapat memberikan gambaran keadaan pasaran semasa sebagai contoh harga sewaan terkini, harga transaksi transaksi dan sebagainya.

Untung bukan?

3.0 Nasihat Berkaitan Pinjaman/Pembiayaan Bank

Ejen hartanah dapat membantu dan memudahkan anda untuk mendapatkan pinjaman/pembiayaan bank untuk membeli hartanah tersebut.

Selain itu, khidmat nasihat berkenaan apa jenis hartanah yang bersesuai dengan pendapatan anda juga akan diberikan kepada anda secara percuma.

Jimat masa dan tenaga bukan?

4.0 Nasihat Berkaitan Proses & Kos Pembelian

Proses pembelian ataupun penjualan hartanah merupakan proses yang mengambil akan masa yang lama. Sekurang-kurangnya ia akan melibatkan 3 pihak iaitu penjual, pembeli dan pejabat tanah. Anggaran masa adalah di antara 3 bulan hingga bertahun-tahun untuk selesai.

Ejen hartanah akan berkongsi pandangan dan pengalaman serta memberi nasihat proses yang akan terlibat apabila transaksi hartanah tersebut berlaku.

Ejen hartanah juga memberi konsultasi berkenaan dengan kos-kos yang akan terlibat semasa proses pembelian mahupun penjualan hartanah tersebut. Sebagai contoh, apa yang anda boleh lakukan jika anda tidak mempunyai hard cash yang cukup untuk membeli hartanah idaman anda.

Wow!

5.0 Hak Anda Dapat Dilindungi

LPPEH yang ditugaskan untuk mengawal selia ejen hartanah ini akan mengambil tindakan yang sewajarnya untuk memastikan hak anda sebagai pelanggan terjamin.

Selamat bukan?

Jangan kerana anda hendak berjimat ribuan ringgit, tetapi hangus puluhan ribu ringgit.

————————-
Adakah anda memerlukan khidmat ejen hartanah berdaftar untuk membantu urusan pembelian hartanah anda? Klik sini.

Related posts

Bagaimana untuk uruskan Penyewa Rumah Bermasalah?

Dengan keadaan ekonomi semasa yang agak mencabar ini. Untuk memiliki penyewa yang berkualiti bagi...

Continue reading

5 Checklist Sebelum Beli Hartanah

Beli hartanah merupakan pengalaman yang boleh menyebabkan anda seronok atau berdukacita. Oleh itu,...

Continue reading

7 Tips Untuk Elak Ditipu Ejen Hartanah

Anda pernah mendengar pembeli ditipu ketika membeli hartanah?   Ia pernah berlaku di...

Continue reading

Join The Discussion

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.