• Free consultation on selling & buying properties.

Compare Listings

7 Tips Untuk Elak Ditipu Ejen Hartanah

7 Tips Untuk Elak Ditipu Ejen Hartanah

Anda pernah mendengar pembeli ditipu ketika membeli hartanah?

 

Ia pernah berlaku di kalangan ahli keluarga anda atau rakan sekerja?

 

Bagaimana untuk mengelakkan diri anda ditipu ejen hartanah?

Ramai yang berang dan kecewa apabila malapetaka ini terjadi ketika hendak membeli hartanah pertama mahupun ketika urusan sewaan.  Kerugian wang yang besar hasil titik peluh kerana berurusan dengan individu so called ejen hartanah. Dengan mengikuti tips dibawah, peratusan untuk anda ditipu hanya tinggal 0.01%.

       Temujanji

Membuat temujanji dahulu dengan ejen untuk melihat keadaan sebenar hartanah. Jangan sesekali membuat bayaran “booking” atau apa-apa jenis bayaran. Gambar yang diiklankan tidak semestinya mengambarkan keadaan sebenar rumah tersebut.

Agensi Berdaftar

Pastikan Ejen Hartanah tersebut bernaung dibawah agensi yang berdaftar dibawah pengawasan Lembaga Penilai, Pentaksir & Ejen Hartanah (LPPEH). Status Agensi tersebut boleh disemak melalui laman sesawang: http://lppeh.gov.my (search for firm)

REN Tag & REN No.

Pastikan Ejen Hartanah tersebut mempunyai REN Tag & REN No. Anda boleh lakukan semakan di laman sesawang: http://search.lppeh.gov.my/ (search for negotiator) atau membuat carian “check REN number”  di laman sesawang “Google”.

Jumlah “Booking”

Bayaran jumlah “booking” hendaklah berdasarkan jumlah harga belian/sewaan yang telah dipersetujui selepas proses perundingan. Jangan membuat bayaran selagi proses perundingan belum mencapai kata putus.

Akaun Bayaran

Pastikan bayaran “booking” yang dibuat dibayar kepada akaun bank “client’s account” agensi hartanah sahaja. Jangan sesekali membuat bayaran secara tunai mahupun terus ke akaun individu ejen tersebut.

Hitam Putih

Pastikan apabila membuat bayaran. Ia dilampirkan bersama-sama dengan “hitam putih” sama ada “booking form”, “Agreement To Purchase”, “Letter of Offer To Purchase” atau resit rasmi agensi.

Syarat Tambahan

Meminta ejen tersebut meletakkan syarat tambahan di dalam “booking form” setelah mendapat persetujuan bersama. Ini untuk mengelakkan “booking” yang diletakkan oleh anda hangus begitu sahaja. Sebagai contoh: “transaksi ini bergantung kepada kelulusan pinjaman” dan sebagainya.

————————-
Adakah anda memerlukan khidmat ejen hartanah berdaftar untuk membantu urusan pembelian hartanah anda? Klik sini.

Related posts

Bagaimana untuk uruskan Penyewa Rumah Bermasalah?

Dengan keadaan ekonomi semasa yang agak mencabar ini. Untuk memiliki penyewa yang berkualiti bagi...

Continue reading

Bajet 2019 Untuk Sektor Hartanah

Bajet 2019 telah pun dibentangkan oleh Menteri Kewangan Malaysia yg baru; YB Lim Guan Eng pada ...

Continue reading

Freehold vs Leasehold

Anda mungkin agak keliru dengan dua terma utama berkenaan jenis pegangan hartanah yang terdapat di...

Continue reading

Join The Discussion

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.